Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menerima kunjungan dari pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Kedah. Kunjungan ini bertujuan membincangkan pelbagai isu penting untuk memperkukuhkan kualiti kontraktor serta pembekal bahan binaan di negeri Kedah. Selain itu, CIDB turut menekankan komitmen mereka dalam mempertingkatkan industri pembinaan tempatan melalui inisiatif yang lebih holistik dan latihan yang lebih mendalam. Bagi mencapai objektif tersebut, CIDB turut mengumumkan penganjuran Program Seminar Bahan Binaan Industri Pembinaan yang akan diadakan pada 19 November 2024 di Raia Hotel, Alor Setar. Program tersebut akan menyediakan maklumat terkini berkaitan bahan binaan dan teknologi dalam industri pembinaan, serta membuka ruang perkongsian ilmu antara kontraktor dan pembekal tempatan. Semoga kerjasama ini dapat memacu industri pembinaan negeri ke tahap lebih tinggi dan memberikan impak positif kepada sektor pembangunan infrastruktur di Kedah. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/6/2024, 11:00:23 AM
Post a Comment