Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Jabatan Laut Malaysia menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato' Sri Tiong King Sing. Mesyuarat itu berlangsung dalam suasana yang segar dengan semua pihak menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap usaha menggemilangkan sektor pelancongan negara. Pelbagai inisiatif dan strategi juga telah dicadangkan dan diatur untuk menambah daya tarikan pelancongan, termasuk meningkatkan kemudahan dan mencemerlangkan lagi perkhidmatan. Usai mesyuarat, beliau turut serta dalam sesi libat urus YB Menteri dengan Persatuan Pelancongan dan Pemandu Pelancong. Pada sebelah petang, diadakan sesi libat urus bersama Pengusaha/ Persatuan Hotel Homestay dan berikutnya dengan Pengusaha/Persatuan Produk Pelancongan/ Persatuan Peniaga dan Restoran. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/5/2024, 5:30:28 PM
Post a Comment