Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan Persatuan Penjaja/Peniaga Kecil Melayu Negeri Kedah ke-34 (2024 – 2027). Dengan keahlian lebih 19,000 orang di Kedah, persatuan Penjaja/Peniaga Kecil Melayu Negeri Kedah mempunyai kekuatan tersendiri. Beliau menyarankan agar Persatuan Penjaja/Peniaga Kecil Melayu Negeri Kedah terus diperkasakan dan menjadi platform terbaik untuk memperjuangkan kebajikan ahli. Dalam Bajet 2024, sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk membantu para peniaga dan usahawan di Negeri Kedah. YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin juga menjelaskan tentang peranan para penjaja dan peniaga kecil dalam menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025. "Berikan layanan terbaik kepada pelancong, pastikan pengalaman yang mereka rasakan di Kedah adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. "Bukan sahaja melalui produk yang dijual, tetapi juga melalui layanan yang mesra dan profesional," katanya. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/10/2024, 4:45:15 PM 

Tiada ulasan