Header Ads

test

RM4.5 JUTA TABUNG TUNKU MAHMUD DIAGIHKAN KEPADA 2,592 ANAK YATIM DAN MISKIN


RM4.5 JUTA TABUNG TUNKU MAHMUD DIAGIHKAN KEPADA 2,592 ANAK YATIM DAN MISKIN ALOR SETAR - Seramai 2,592 anak yatim dan miskin dari pelbagai peringkat pengajian telah menerima faedah sumbangan Tabung Tunku Mahmud dengan nilai keseluruhan berjumlah RM4.5 juta. Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sejak Tabung Tunku Mahmud diaktifkan semula pada tahun 2023 iaitu kurang daripada dua tahun, sudah berjaya membantu ramai anak-anak yang tidak berkemampuan. "Tabung Tunku Mahmud setakat ini belum pernah menggunakan peruntukan kerajaan negeri. "Semua bantuan yang disalurkan melalui Pejabat Menteri Besar berdasarkan permohonan yang dibuat melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) sepenuhnya daripada sumbangan pihak luar yang prihatin," ujarnya dalam sesi Sidang Bajet Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini. Katanya, diharapkan lebih ramai orang perseorangan, syarikat besar, syarikat kecil, golongan profesional, kakitangan kerajaan dan swasta tampil untuk memberi sumbangan kepada tabung bantuan pendidikan anak-anak yatim dan miskin ini. Tambah beliau, bagi tahun 2025, kerajaan negeri bercadang menambah peruntukan pendidikan iBakipt kepada RM1.3 juta iaitu kenaikan RM300 ribu berbanding tahun 2024 sebanyak RM1 juta. "Sepanjang tahun 2024, kerajaan negeri Kedah telah memberi sumbangan sebanyak RM1.6 juta kepada lebih 5,300 penerima bantuan untuk Bantuan Kemasukan Awal ke IPT (BKIPT). Jelas beliau lagi, sejumlah RM300 ribu disediakan sebagai bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi membantu aktiviti murid dan sekolah. Menurutnya kerajaan negeri juga bersetuju untuk menaiktaraf asrama pelajar Hayyu El-Sabee (Asrama Pelajar Kedah di Mesir) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Yayasan Islam Negeri Kedah dengan kos keseluruhan projek bernilai RM7 juta. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajet2025 #UPDA -UPDA 11/24/2024, 2:01:02 PM 

Tiada ulasan