Header Ads

test

TEMASYA OGHANG KEDAH 2024 RANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN


TEMASYA OGHANG KEDAH 2024 RANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN ALOR SETAR - Penganjuran Temasya Oghang Kedah (TOK) 2024 bertepatan dengan usaha-usaha kerajaan negeri Kedah untuk merancakkan sektor pelancongan di negeri tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin berkata, TOK adalah manifestasi rasa cinta, penghargaan dan kebertanggungjawaban terhadap segala warisan seni budaya yang telah diwariskan oleh generasi terdahulu. "Sekarang masih berlangsung program 'Mai Singgah Alor Setar 2024' dan TOK 2024 sudah tentu memberi suntikan tambahan ke arah memeriahkan lagi program tersebut. "Dan kedua-dua program ini secara langsung menambahkan kerancakan kepada usaha-usaha mempromosi Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK 2025) dan seterusnya Tahun Melawat Malaysia 2026," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Program Pelancongan Budaya: Temasya Oghang Kedah 2024 bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman. Tambahnya, TMK 2025 perlu menjadi teras yang mendukung agenda yang lebih besar iaitu pembinaan 'The Greater Kedah' sebagai agenda utama kerajaan negeri. Jelas beliau lagi, melalui penganjuran TOK 2024 diharapkan jumlah pengunjung yang hadir akan mencapai sasaran iaitu seramai 100,000 orang dan Return of Investment (ROI) berjumlah RM250,000. "Dengan kehadiran pengunjung, menjadi cerminan pada sokongan yang berterusan terhadap usaha-usaha menggemilangkan industri pelancongan di negeri ini. "Sokongan ini mengukuhkan lagi keazaman dan iltizam saya bagi memastikan usaha memperkasakan sektor pelancongan di Kedah mencapai matlamat sejajar dengan misi besar Tahun Melawat Kedah 2025," katanya. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/8/2024, 11:48:29 PM 

Tiada ulasan