THE GREATER KEDAH: MENUJU KE ARAH NEGERI BERKEPENTINGAN
THE GREATER KEDAH: MENUJU KE ARAH NEGERI BERKEPENTINGAN ALOR SETAR – Gagasan besar The Greater Kedah bakal memberi impak positif perlu disambut baik di setiap peringkat negeri mahupun Persekutuan. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek Pelan Pembangunan Pembangunan Kedah 2035 bukan suatu dasar baharu tetapi merupakan suatu himpunan dalam meneruskan semula rancangan pemimpin terdahulu. "Saya mengesan kepada beberapa kebimbangan tentang The Greater Kedah, perkara ini dikesan daripada banyak peringkat yang menganggap perkara ini suatu perancangan politik. "Kita berjiwa besar dan sedar bahawa keseluruhan rancangan Pelan Pembangunan 2035 memerlukan jangka masa yang panjang dan telah memakan kos perbelanjaan yang besar, namun kita meneliti setiap keputusan yang dibuat dan kita ambil pendekatan untuk teruskan," kata Sanusi sewaktu sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri yang berlangsung di Wisma Darul Aman, hari ini. Jelasnya, rata-rata perkara yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat sepanjang perbahasan adalah meliputi isu penambahan peruntukan demi memenuhi keperluan rakyat di negeri Kedah. Menurutnya, Kerajaan Negeri Kedah kini giat dalam mempertingkatkan kutipan hasil ke arah RM1 billion. "Dan perkara ini telahpun dititahkan oleh Tuanku Sultan untuk kita teruskan permintaan Kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan bayaran insentif fiskal tentang pengekalan kawasan sawah padi sebanyak RM200 juta. "Perkara ini telahpun dititahkan oleh Tuanku Sultan berhadapan YAB Perdana Menteri di Istana Anak Bukit," ujarnya. Jelas beliau lagi, insentif fiskal adalah sebagai timbal balik dengan persetujuan Kerajaan Negeri Kedah untuk mengekalkan keluasan kawasan tanaman padi sebagai jaminan pengeluaran beras 43 peratus bekalan beras negara. Sanusi berkata, menjelang tahun 2025, kerajaan negeri akan mengekalkan peruntukan kepada Pusat Khidmat DUN Pembangkang sebanyak RM74 ribu setahun bagi tujuan sumbangan, pemberian program dan lain-lain meskipun wakil-wakil Perikatan Nasional di peringkat Parlimen masih tidak menerima peruntukan di peringkat kerajaan Persekutuan. "Saya merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penjawat awam negeri dan apa yang boleh disimpulkan ialah saya sangat bersyukur dan berbangga dapat peluang bekerja dengan pasukan yang cemerlang ini," ucapnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajet2025 #UPDA -UPDA 11/28/2024, 2:56:15 PM
Post a Comment