Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI KOMITED BANTU NAIKKAN HASIL PADI


KERAJAAN NEGERI KOMITED BANTU NAIKKAN HASIL PADI AYER HITAM - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani berkata menjadi hasrat utama kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil padi sekaligus hasil pendapatan para petani dan pesawah di negeri Kedah. Menurut beliau, pihak kerajaan juga sedang berbincang dengan saintis untuk menghasilkan benih padi hibrid yang baru untuk diedarkan kepada seluruh petani dan pesawah. "Baru-baru ini dikejutkan dengan kehilangan beras tempatan di pasaran. Pelik orang buat bendang tapi kena beli beras import kat kedai. "Semoga usaha kerajaan negeri ini dapat membantu petani pesawah mempertingkatkan hasil padi," ujar beliau dalam Sembang Santai Exco Pertanian Bersama Petani Dan Nelayan Kuala Tunjang, hari ini. Dalam progran tersebut, beliau menyampaikan sumbangan satu unit pengisar padi untuk kegunaan petani dan pesawah di Dun Ayer Hitam. Tambah beliau, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyantuni seluruh masyarakat termasuk petani, penternak dan pesawah. Jelasnya, beliau mengadakan program seumpama ini kerana mendapati bahawa orang kampung yang terdiri daripada petani, perternak dan nelayan mempunyai kekangan untuk hadir ke pejabat kerajaan. "Kalau orang kampung susah nak pi pejabat, kita bawa pegawai pejabat mai kepada orang kampung. "Dengan kehadiran para pegawai menunjukkan komitmen mereka untuk membantu para petani, pesawah dan nelayan," katanya. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 12/2/2024, 4:00:11 PM 

Tiada ulasan