Header Ads

test

MANGSA LEMAS DI JITRA DITEMUI SETELAH DUA HARI


MANGSA LEMAS DI JITRA DITEMUI SETELAH DUA HARI JITRA - Ismail Hashim, 49 yang dikatakan lemas semasa memukat ikan dua hari lalu telah ditemui di Sungai Kampung Paya Parit Lateh, hari ini. Menurut anak mangsa, Muhammad Khairul Ikhwan Ismail, 20, kejadian berlaku ketika dia bersama bapanya, Allahyarham Ismail Hashim, 49, memukat ikan di kawasan tersebut pada 1 Disember 2024, jam 7.15 malam. Katanya, kedua-dua mereka datang ke lokasi tersebut yang terletak hanya kira-kira 500 meter dari rumah di Kampung Paya Chegar bersama ibunya, Siti Nor Sanisah Ishak, 46, serta dua adiknya iaitu Muhammad Khairul Irfan, 15, dan Siti Nur Asyyifa, 8. "Kami tiba di tebing hampir 7 petang dan ayah kemudiannya turun ke sungai selepas Maghrib. Biasanya, ayah terlebih dulu menyeberangi jambatan di kawasan berhampiran untuk merentangkan pukat tetapi dia mengambil keputusan untuk mengikat tali nilon di pinggang dan berenang ke seberang. "Ayah memang pandai berenang tetapi entah mengapa, dia tiba-tiba dia berpatah balik apabila hampir sampai di seberang. Saya cuba menarik tali yang diikat di pinggangnya tetapi tali itu terasa ringan kerana ayah telah merungkaikannya. "Selepas itu saya lihat ayah tenggelam agak lama sebelum timbul dan tenggelam semula. Situasi itu berlaku tiga kali sebelum ayah hilang dari pandangan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Isnin. Pasukan Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia mengerakkan operasi mencari dan menyelamat setelah mendapat laporan pada hari kejadian. ADUN Jitra, YB Dr. Haim Hilman Abdullah turut hadir ke lokasi kejadian pada malam mangsa dilaporkan lemas. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 12/3/2024, 11:19:01 AM 

Tiada ulasan