Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Alhamdulillah rezeki untuk mangsa banjir di Padang Terap semalam apabila menerima sumbangan kotak makanan daripada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di bawah pengerusinya Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Dalam program sumbangan itu, penyampaian di sempurnakan oleh Pengerusi Bulan Sabit Merah Padang Terap, Tuan Azmin bin Zainol Abidin merangkap Pegawai Daerah Padang Terap. Turut hadir, ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin. Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nurul Amin Hamid turut bersama semasa penyampaian sumbangan tersebut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Badminton Felda Lubuk Merbau dan SMK Lubuk Merbau. Terima kasih kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan semua pihak yang terlibat. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 12/2/2024, 10:15:14 AM
Post a Comment