Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
ADUN Sungai Limau, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat bersama misi bantuan Khidmat Malaysia Kawasan Jerai ke Padang Terap. Turut hadir Pengarah Khidmat Malaysia Negeri Kedah, YB Senator Ustaz Musoddak Haji Ahmad; Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit dan ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar. Bantuan yang disampaikan bukan hanya berupa beg dan bakul makanan, tetapi juga bahan mentah untuk Dapur Rakyat Padang Terap. Sehingga semalam, Dapur Rakyat telah mengedarkan lebih 300 pek makanan kepada mangsa banjir. "Kita sedar, dalam musibah seperti ini, mangsa sering kekurangan makanan kerana kelengkapan memasak yang rosak atau tiada akses untuk menyediakan makanan. "Sebab itu, bantuan ini dirancang untuk memenuhi keperluan mendesak mereka di kawasan yang terjejas," ujar beliau. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 12/1/2024, 12:45:17 PM
Post a Comment