Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


"Hati rasa pilu melihat masjid yang biasanya menjadi tempat berkumpulnya jemaah kini sunyi, hanya terlihat air bah memenuhi setiap ruang. "Untuk sampai ke masjid itu pun, kami terpaksa meredah air banjir, bukan melalui sungai, tetapi bendang yang kini berubah menjadi lautan dari Kampung Bukit Hijau. "Laluan yang biasanya tenang dan hijau kini hanyalah air sejauh mata memandang," ujar ADUN Sungai Limau, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat. Beliau turun meninjau Masjid Raudatul Sholihin di Kampung Derang yang kini ditenggelami air. Masjid ini bukan sekadar tempat ibadah, tetapi simbol kekuatan komuniti. Semoga keadaan segera pulih dan masjid ini dapat kembali menjadi rumah Allah yang penuh makmur, dihiasi dengan suara jemaah yang mendirikan solat. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 12/2/2024, 12:00:11 PM 

Tiada ulasan