Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Masuk kali ketiga dugaan banjir buat warga Sekolah Menengah Maahad Al Iman Li Ulumil Quran Kampung Pantai Cicar Kuala Ketil selepas dilanda banjir terbaru, kelmarin. Pagi tadi, ADUN Kupang, YB Brigedier (B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad hadir meninjau keadaan madrasah. Banyak bangunan dan kelas terjejas, banyak kerosakan harta benda. Kerja-kerja mencuci dan membersih sedang giat dilakukan. Sedikit sumbangan tunai kepada wakil maahad, Ustaz Aswad Nason. Dalam masa sama, maahad ini menempatkan puluhan calon SPM 2024 yang bermula hari ini. Peperiksaan terpaksa dijalankan dalam keadaan kalut dan tidak sempurna ekoran hampir keseluruhan maahad terjejas banjir. Apa yang beliau kecewa, pihak PPD difahamkan tidak membenarkan lokasi peperiksaan diubah ke sebuah universiti berhampiran, yang lebih kondusif dan selesa daripada gangguan banjir, walaupun pihak universiti sendiri menawarkan bantuan. Mungkin ada pihak tidak senang apabila tawaran murni itu datang dari sebuah universiti yang membawa imej Negeri Kedah? Mainan politik apa sedang berlaku di negara kita? Jangan kerana tembolok yang penuh dengan mainan politik dan dengki, anak-anak kita menjadi mangsa. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" Sumber : YB Dato' Hj Najmi Hj Ahmad #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 12/2/2024, 6:30:03 PM 

Tiada ulasan