Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ADUN Kubang Rotan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin meninjau keadaan rumah-rumah yang dinaiki air di Kampung Kuala Sungai, Kampung Hilir, Kampung Hilir Tandop dan seterusnya ke PPS di Sekolah Kebangsaan Dato' Shaari. Ketika beliau tiba di PPS Sekolah Kebangsaan Dato' Shaari, masih terdapat mangsa-mangsa banjir yang baru dipindahkan dari Sungai Baru. Beliau menyeru kepada semua yang berada di kawasan yang terkesan dengan fenomena banjir supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan keluarga, terutama anak-anak. "Di pihak PKWR DUN Kubang Rotan, apa sahaja yang mungkin akan dilakukan sebagai ikhtiar dan usaha untuk membantu. Insya-Allah," katanya. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 12/2/2024, 11:15:40 AM 

Tiada ulasan