Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
ADUN Kubang Rotan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin, mengadakan ziarah prihatin dan sumbangan tiga katil kepada pesakit terlantar yang memerlukan di kawasan Dun Kubang Rotan. Penerima pertama, Salleh Mehat mengalami penyakit stroke lebih kurang 5 tahun di Kampung Kubang Jawi, Alor Janggus. Seterusnya, Noor Ashikin Din yang tinggal di Kampung Tengah turut diuji dengan masalah kencing manis serta Puan Asma Awang yang tinggal di Taman Seri Putra. Diharapkan dengan sumbangan berkenaan, pesakit diberi keringanan dan kemudahan untuk diuruskan oleh ahli keluarga atau penjaga. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 12/1/2024, 2:45:30 PM
Post a Comment