ADUN Sungai Limau Hadir Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH)
Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat hadir mewakili YAB Menteri Besar Kedah ke Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) Bil. 2/2024 yang diadakan di Bangunan Menara Kementerian Pelaburan, Pembangunan dan Industri (MITI), Kuala Lumpur.
Mesyuarat bagi menyelaras dan memperkasakan ekosistem halal negara ke arah yang lebih kondusif, inklusif dan berdaya saing.
Mesyuarat telah memutuskan beberapa langkah bagi kemajuan Industri Halal peringkat Negeri dan Kebangsaan antaranya cadangan penubuhan Badan Profesional Halal untuk menyelaras pembangunan profesional dalam sektor ini, serta menubuhkan Majlis Pembangunan Industri Halal di peringkat negeri.
Semoga langkah ini akan memperluaskan penyertaan pemain industri dalam ekosistem halal, selain memastikan pelaksanaan Pelan Induk Industri Halal dan Halal Industry Master Plan 2030 (HIMP 2030) lebih menyeluruh di peringkat negeri.
Post a Comment