Header Ads

test

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐋𝐎𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐀𝐑𝐁𝐎𝐍 𝐊𝐑𝐄𝐃𝐈𝐓


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menghadiri Taklimat Pembentangan Pilot Projek Karbon Kredit yang dibentangkan oleh Syarikat Primaverse Sdn Bhd.
Taklimat ini dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Hj. Mohd Fauzi Mustaffa.
Turut hadir dalam sesi taklimat adalah wakil-wakil daripada pelbagai agensi termasuk Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Jabatan Alam SEKITAR (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Sumber Air Negeri (LSANK), Jabatan Hutan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta beberapa agensi berkaitan.
Taklimat itu bertujuan untuk memberi penerangan terperinci mengenai pelaksanaan projek karbon kredit sebagai inisiatif dalam mendukung kelestarian alam sekitar dan pengurangan pelepasan karbon di negeri Kedah.

Tiada ulasan