Header Ads

test

KEDAH MENJUARAI PELABURAN DALAM SEKTOR PEMBUATAN


KUALA LUMPUR - Negeri Kedah mencatatkan pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatanberjumlah RM32.6 bilion berbanding negeri selangor RM15.0 bilion dan negeri Pulau Pinang RM12.1 bilion.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini, dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024, Kedah merekodkan RM34.0 bilion dalam pelaburan yang diluluskan sekaligus berada kedudukan ketiga di Malaysia.
Berbanding RM22.6 bilion dalam tempoh yang sama pada 2023, pertumbuhan ketara ini menekankan iklim pelaburan Kedah yang semakin baik telah meletakkan Kedah negeri sebagai destinasi yang semakin menarik bagi pelabur.
Menurut laporan yang sama, Malaysia meluluskan RM254.7 bilion pelaburan (September 2024) menandakan peningkatan stabil 10.7 peratus daripada tahun sebelumnya.
“Prestasi kukuh mencerminkan momentum ekonomi Malaysia yang mampan didorong oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama,” katanya.
Jelasnya, Selangor (RM66.8 bilion), W.P. Kuala Lumpur (RM63.9 bilion), Kedah (RM34.0 bilion), Pulau Pinang (RM22.6 bilion) dan Johor (RM18.1 bilion) adalah lima (5) negeri teratas mengikut nilai pelaburan.


 

Tiada ulasan