Header Ads

test

 

Kerja-kerja mengorek parit dan membersihkan longkang tersumbat telah dibuat bermula kelmarin hingga hari ini pada jalan Kg Lombong A ke Kg Lombong B yang akan memberi keselesaan kepada penduduk yang menggunakan laluan ini.

Pegawai Khas ADUN, Noordin Mat Darit turun sendiri ke tempat tersebut bagi melihat dengan lebih dekat serta mencari solusi terbaik.

ADUN Bandar Baharu, YB Ts Dr Mohd Suffian Yusoff bersetuju untuk mengeluarkan bajet untuk tujuan tersebut demi kemudahan orang ramai.
Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi MKK Kg Batu 16, Hashim Wahab yang telah berusaha untuk menyelesaikan keadaan jalan tersebut.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan