Header Ads

test

Kunjungan Hormat Dari Sikh Temple

 

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Gurdwara Sahib (Sikh Temple) Sungai Petani.

Kunjungan ini memberi peluang untuk mendengar sendiri mengenai pelbagai program dan aktiviti keagamaan yang dijalankan oleh Gurdwara Sahib, termasuk sembahyang harian, program pendidikan Punjabi untuk kanak-kanak dan perayaan-perayaan besar seperti Hari Visakhi.


Beliau turut dimaklumkan tentang keperluan mendesak untuk penyelenggaraan dan baik pulih bangunan Gurdwara Sahib yang sudah berusia dan memerlukan pembaikan pada beberapa aspek seperti kerosakan tar, penyaman udara dan sistem PA.
Kerajaan Negeri Kedah akan memberi sokongan yang sewajarnya untuk memastikan kemudahan ini dapat terus berfungsi dengan baik demi kepentingan komuniti Sikh di Kedah.

Tiada ulasan