Header Ads

test

LAWATAN KERJA KE TITI MERAH LIVERPOOL, ALOR SETAR


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mengadakan lawatan kerja ke Titi Merah Liverpool, Kampung Alor Sekawan, Alor Setar.


Titi Merah Liverpool, Alor Sekawan yang berusia hampir 100 tahun bakal menjadi tarikan pelancongan baru di Dun Alor Mengkudu serta Kedah amnya.

Kerjasama yang baik ditunjukkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, MOTAC Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi yang terlibat dalam merealisasikan Titi Merah Liverpool sebagai 'Hot Spot' dan 'Port Ootd' baru bagi pelancong dan pelawat sempena Tahun Melawat Kedah.

Hasil perbincangan bersama, Titi Merah Liverpool dan persekiran akan dinaik taraf untuk keselesaan dan kemudahan pengunjung.

Hadir bersama ADUN Alor Mengkudu merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Tuan Haji Mohd Radhi Mat Din; Dato' Haji Mohd Yusri Haji Md Daud, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar; Pengarah MOTAC Kedah; Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar; Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri; Jabatan Perhilitan; Pejabat Ahli Parlimen Alor Setar dan lain-lain agensi.


 

Tiada ulasan