60 keluarga terima bantuan kotak Lunas Prihatin
ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli, telah menyantuni 60 keluarga penerima bantuan menerusi program kotak Lunas Prihatin yang diadakan di Medan Selera Pak Long Din Bomba.
Inisiatif ini digerakkan oleh pasukan Pusat Khidmat DUN Lunas dengan matlamat membantu golongan kurang berkemampuan, terutamanya mereka yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada sahabat-sahabat daripada PAS Cawangan Jalan Baling yang sentiasa komited menjayakan program sumbangan ini.
Semoga segala usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
Post a Comment