KEDAH SEBAGAI 'NATURAL SANCTUARY' NEGARA
SUNGAI PETANI - Kedah memperkasakan kawasan hijau menjadi ‘natural sanctuary’ negara menerusi pemeliharaan kawasan hutan dan alam sekitar.
Langkah itu selaras dengan visi Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang memberi penekanan kepada kelestarian ekosistem hijau sebagai asas pembangunan negeri.
Ini termasuk usaha memanfaatkan transaksi kredit karbon untuk mencapai sasaran hasil sebanyak RM1 bilion menjelang 2028.
"Kedah merekodkan keluasan hutan sebanyak 0.34 juta hektar atau 36.33% daripada tanah negeri, menjadikan ia antara khazanah alam terpenting di Malaysia.
"Kerajaan negeri juga menyasarkan penanaman 2.2 juta pokok dalam tempoh lima tahun bermula 2025 hingga 2029 untuk terus memulihara kawasan hijau ini," kata beliau ketika perasmian penutup Program Eksplorasi Pembangunan Projek Kerangka Kewangan REDD Plus di Cinta Sayang Golf & Resort, hari ini.
Tambahnya, mekanisme RFF bukan sahaja menyumbang kepada perlindungan dan pemuliharaan hutan malah menawarkan peluang besar untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti tempatan melalui pembangunan sosioekonomi.
Resolusi daripada program berkenaan kata Mohammad Yusoff akan disusuli dengan pembentangan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk tindakan selanjutnya.
Post a Comment