Header Ads

test

KEDAH USAHA SEDIAKAN PENGISAR PADI KOMUNITI


ANAK BUKIT - Kerajaan negeri Kedah komited memperkasa sektor pertanian dengan mengusahakan penyediaan pengisar padi komuniti bagi kegunaan harian penduduk.
Menurut Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri Kedah, YB Haji Dzowahir Ab. Ghani, usaha itu bagi membantu golongan petani memproses padi dan mendapatkan beras tempatan untuk kegunaan sendiri.
"Pengisar padi komuniti ini akan membolehkan petani memproses padi mereka sendiri dalam skala kecil, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pihak ketiga dan meningkatkan kecekapan dalam rantaian bekalan makanan negeri."
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Sembang Santai Bersama Agensi Berkaitan Pertanian di Kampung Alor Melintang, hari ini.
Jelasnya, beberapa kawasan telah dikenal pasti untuk penempatan mesin pengisar dengan keutamaan diberikan kepada kawasan yang mempunyai populasi petani yang tinggi.
Selain padi, beliau bersama agensi turut membincangkan berkenaan perikanan yang perlu pengstrukturan semula agar lebih teratur dan seterusnya dapat meningkatkan hasil para nelayan.
Tambahnya, seluruh komuniti khususnya penduduk berhampiran sungai perlu menjaga sebaik mungkin kebersihan sungai kerana sungai juga mempunyai sumber hasil pendapatan para nelayan.

Tiada ulasan