MADAD FESTIVAL BANTU PERKASAKAN EKONOMI PENIAGA KECIL
SUNGAI PETANI - MADAD Festival 2.0 merupakan satu inisiatif untuk mengumpulkan peniaga-peniaga kecil ataupun Industri Kecil Sederhana (IKS) dalam membantu dari segi jualan.
Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, MADAD Festival itu juga membuat satu kelainan iaitu perniagaan gerai-gerai digalakkan untuk memulakan perniagaan mereka seawal subuh.
“Hal ini seharusnya menjadi normalisasi kepada semua pengusaha gerai di seluruh Malaysia.
“Saya difahamkan program ini telah mula berlangsung sejak semalam lagi dari 23 Januari 2025 hingga 2 Februari 2025,” beliau berkata demikian Sempena Program MADAD Berselawat MADAD Festival bertempat di MADAD, di sini.
Jelasnya lagi, MADAD menjadi salah satu ikon kepada penganjur dengan meletakkan nilai keagamaan sebagai aspek utama tanpa menyisihkan hal keduniaan.
Beliau berharap agar program seperti ini dapat dilakukan seiring dengan peredaran zaman ekonomi yang semakin mencabar.
“Dalam masa yang sama banyak program-program kerohanian juga diselitkan dalam festival kali ini.
“Dengan niat ingin membantu peniaga-peniaga kecil sekaligus menyebarkan dakwah kepada Masyarakat kita pada hari ini,” ujarnya lagi.
Post a Comment