Header Ads

test

MBAS KESAL KEJADIAN VANDALISME BERULANG DI BANDARAYA ALOR SETAR

 


Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kesal dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang telah melakukan vandalisme dengan merosakkan tanaman hiasan di kawasan "Linear Park" Dataran Starwalk, Alor Setar dan sekitarnya.
Sikap yang tidak bertanggungjawab ini harus dibendung kerana ini melambangkan imej penghuni bandaraya Alor Setar.
Pihak MBAS tidak akan berkompromi dengan perbuatan tersebut dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan vandalisme di bandaraya Alor Setar.
Pihak MBAS juga memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada pihak MBAS sekiranya perbuatan tidak bermoral ini berlaku.

AWAS! ANDA SEDANG DIPERHATIKAN!

Sumber : Majlis Bandaraya Alor Setar

Tiada ulasan