MENZIARAHI TUAN GURU USTAZ JOHARI DI KAMPUNG SUNGAI MATI
Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat
menziarahi Tuan Guru Ustaz Johari Morad di Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah, Kampung Sungai Mati, Langgar.
Betapa besarnya peranan yang dipikul oleh para guru dalam perjuangan dakwah dan pendidikan ini, meneruskan jejak para ulama terdahulu yang berjuang menghidupkan agama demi mengukuhkan akidah dan menyebarkan dakwah kepada seluruh ummah.
Mereka turut dibawa ke Pusat Galeri Kompleks Darul Hidayah yang menghimpunkan beberapa kitab-kitab lama yang ditulis dengan tangan, barang-barang peninggalan beberapa Pondok Tua, Galeri Tok-tok Guru dan pelbagai lagi.
Kerana itulah, kerajaan menganjurkan pertandingan video pendek Institusi Pendidikan Agama di negeri Kedah sebagai satu usaha untuk memperkenalkan serta mempromosikan institusi ini kepada masyarakat.
Dengan kedatangan Tahun Melawat Kedah 2025, kerajaan mengambil peluang ini untuk memperkenalkan warisan pendidikan Islam yang menjadi tunjang keilmuan di negeri Kedah.
Semoga segala usaha TG Ustaz Johari dan para asatizah dalam perjuangan dakwah ini terus diberkati Allah.
Post a Comment