Header Ads

test


 

Padi huma atau padi darat merupakan alternatif terbaik untuk memenuhi keperluan beras, terutama dalam menghadapi krisis makanan.
Keistimewaan padi ini terletak pada kemudahannya untuk diusahakan, kerana tidak memerlukan sistem pengairan atau jumlah air yang banyak seperti padi biasa.
Lebih menarik, nasi daripada beras padi huma berbau wangi dan sangat lazat, terutama jika dimasak menggunakan dapur kayu dan dinikmati bersama ikan pekasam serta ulam-ulaman.
Kampung Landai di Sik terkenal sebagai pusat penanaman padi huma.
Penduduk setempat mengusahakannya kerana pengurusan yang mudah dan potensinya untuk dikomersialkan.
Salah seorang pengusaha yang berjaya dalam bidang ini ialah Kak Gayah bersama suaminya, yang sempat ADUN Belantek, YB Haji Ahmad Sulaiman kunjungi semalam.
Bagi pelancong yang ingin merasai pengalaman unik menanam padi huma, Kampung Landai adalah destinasi yang wajib dikunjungi.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan