Header Ads

test

PEMANTAUAN PROJEK NAIK TARAF LOJI RAWATAN AIR BUKIT SELAMBAU


Kerajaan negeri terus komited dalam memastikan kelancaran projek infrastruktur penting, khususnya dalam sektor bekalan air.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mengadakan tinjauan ke tapak pembinaan projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau bagi menilai perkembangan serta mengenal pasti sebarang isu yang timbul.


Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memantau dan memastikan setiap projek LRA berjalan mengikut jadual serta memenuhi keperluan rakyat.
Projek naik taraf ini dijangka meningkatkan kecekapan loji dalam menampung permintaan air yang semakin meningkat, sekaligus menjamin kualiti bekalan air bersih di kawasan terlibat.

Tiada ulasan