Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah Darul Aman Bilangan 1 Tahun 2025 telah berlangsung pada pagi ini.
Mesyuarat ini membincangkan pelbagai perancangan, program dan aktiviti yang dirancang untuk tahun 2025 oleh beberapa agensi utama.
Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan usaha-usaha strategik dalam memajukan bidang sains, teknologi, dan inovasi di Negeri Kedah.
Dengan penglibatan semua pihak, diharapkan inisiatif yang dicadangkan dapat membawa manfaat besar kepada masyarakat dan menjadikan Kedah sebagai negeri yang progresif dan berdaya saing.
Post a Comment