Header Ads

test

 


Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Jeffery Yon semalam.
Kunjungan ini memberi fokus kepada agenda Sport Tourism di negeri Kedah sebagai salah satu elemen penting sempena Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK 2025).
Perbincangan tersebut bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan KBS dalam merangka inisiatif yang mampu menjadikan acara sukan sebagai pemacu utama pelancongan Kedah.
Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Nor Azma Deris, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) Mohd Afiq Faiz Mohd Ridzam Affendy dan Pengarah Tourism Kedah Azlizam Jaafar Sidik.

Tiada ulasan