Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen menghadiri Global Mayors Dialogue di Nanning, China.
Dalam program tersebut mengetengahkan dialog pemimpin antarabangsa bertemakan "Deepening Practical Economic and Trade Cooperation Among Cities and Creating a New Pattern of All-round Interconnection."
Sesi ini menjadi peluang bermakna untuk bertukar pandangan dalam memperkukuhkan hubungan serta kerjasama serantau.
Selaku ADUN Kulim, beliau berharap penyertaan dalam Global Mayors Dialogue di Nanning, China dapat membuka peluang baharu untuk Kulim, Kedah khususnya dalam memperkukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
Komitmennya adalah untuk terus berusaha memastikan Kulim mendapat manfaat daripada jaringan dan hubungan serantau yang terjalin demi pembangunan dan kemakmuran bersama.
Post a Comment