PROJEK NAIK TARAF PESISIR PANTAI KAMPUNG PADANG GARAM BERJALAN LANCAR
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin meninjau Projek Menaik Taraf Kawasan Pesisir Pantai Kampung Padang Garam fasa pertama yang terletak bersebelahan Pantai Leman.
Katanya, projek yang telah bermula sejak empat hari lalu itu sedang berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan.
"Apabila siap nanti tidak ada lagi semak-samun terbiar, sungai yang terdapat di situ akan dibersihkan dan kawasan tersebut akan 'diubah' menjadi kawasan rekreasi untuk kemudahan penduduk setempat dan sesiapa sahaja datang beriadah," ujar beliau.
Tambahnya lagi, bagi pecinta keindahan alam, lokasi ini akan menjadi destinasi pilihan untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan.
"Projek yang sedang berjalan itu hanyalah permulaan kerana langkah telah diatur dan inisiatif telah diambil untuk meneruskan agenda pembangunan kawasan itu bagi fasa-fasa seterusnya," katanya.
Beliau berharap Padang Garam akan bangkit sebagai produk pelancongan baharu yang akan menjadi tumpuan pengunjung, sekali gus memberi nilai tambah kepada kemajuan ekonomi setempat.
Post a Comment