Pusat Khidmat DUN Lunas telah menerima banyak aduan daripada rakyat berkaitan kerosakan jalan di laluan dari persimpangan Taman Lobak/Taman Cili hingga ke Jalan Perusahaan 5.
Antara punca utama kerosakan tersebut adalah pergerakan lori-lori simen bermuatan berat yang kerap menggunakan laluan ini.
Hasil pemerhatian mendapati terdapat banyak lubang di jalan tersebut, selain parit yang pecah.
Sehubungan itu, ADUN Lunas, YB Khairul Anuar, akan membawa aduan ini kepada pihak berwajib untuk tindakan segera.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment