Header Ads

test



Rangkuman Program Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepanjang Januari 2025.
Pada awal pembukaan tahun 2025, Menteri Besar Kedah hadir ke Majlis Menyambut Pelancong sempena TMK2025.

Pada 2 Januari 2024, telah diadakan Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah di Wisma Darul Aman dan beliau juga turut hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Jubli Baiduri SADA.
Pada minggu pertama 2025, beliau juga telah menghadiri beberapa majlis seperti Majlis Pelancaran Kulim Smart Pay, Perasmian Majlis Penutup PKNK Cashless 2024, Penyerahan Sumbangan Sekolah SJKC dan SJKT di seluruh negeri Kedah.

Seterusnya, sepanjang minggu kedua Januari 2025, beliau telah mengadakan beberapa lawatan seperti lawatan ke Dusun Riffaa dan MD2 Botanic Cafe di Changlun.
Selain itu, turut dilaksanakan mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang merupakan rutin mingguan, dan beliau juga terus giat menjalankan tugasan beliau sebagai Menteri Besar dengan mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah LADA dan UniSHAMS.
Pada minggu ketiga pula, Menteri Besar Kedah telah merasmikan Majlis Pelancaran "MBAS Mobile Apps" di peringkat Majlis Bandaraya Alor Setar.

Pada 20 Januari 2025, telah diadakan Program Sesi Libat Urus RMK13 Negeri Kedah bersama Menteri Ekonomi, YB Mohd Rafizi Ramli bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.
Sepanjang 22 sehingga 31 Januari 2025, Menteri Besar Kedah turut hadir ke Majlis Pelancaran Projek 2 Juta Program Penanaman Pokok di Kawasan Hutan Terosot/Diceroboh anjuran Jemaah Dato-Dato, penyerahan hamper sempena Tahun Baru Cina 2025, Eksplorasi Hutan Paya Bakau Sungai Merbok serta lawatan ke Sungai Merbok.

Tiada ulasan