UJIAN BERTIMPA-TIMPA, NAMUN MASIH TERSENYUM
Dua bulan selepas kehilangan isteri, Burhanuddin bin Hashim, seorang nelayan dari Kg Sematang Tebengau, diuji lagi apabila rumahnya terbakar, termasuk sebuah motosikal yang turut musnah.
Kejadian berlaku pada malam Nisfu Syaban, namun syukur tiada kemalangan jiwa. Dengan bantuan jiran-jiran, sebahagian rumah masih dapat diselamatkan.
Ketika menziarahi beliau, ADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari bersama Pengerusi MKK Tebengau, Ustazah Mashitah dan AJK Halwa Pengkalan Kundor, Puan Ku Mariam, menyerahkan sumbangan tunai, Beras Sejahtera Kerajaan Negeri Kedah & Beg Makanan bagi meringankan beban.
Walaupun diuji hebat, beliau tetap tersenyum dan berazam untuk bangkit semula.
Semoga Allah menggantikan kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment