UniSHAMS: KE ARAH MENCAPAI PENARAFAN QS WORLD RANKING
KUALA KETIL – UniSHAMS perlu berperanan sebagai pusat penyampaian ilmu dalam mengorak langkah menjadi peneraju dalam penyelidikan, inovasi, serta pemerkasaan masyarakat.
“Saya melihat penyertaan UniSHAMS dalam QS Ranking akan memberikan pelbagai kebaikan dan kelebihan kepada sesebuah universiti,” ujarnya.
Tambahnya, usaha UniSHAMS menempatkan nama di QS World Ranking dan AUN-QA, mendapatkan pengiktirafan MyRA 5 Bintang dan SETARA Berdaya Saing tidak hanya memberi manfaat kepada universiti dari segi reputasi, malahan mampu membawa kepada peningkatan kualiti dari pelbagai aspek serta memberi manfaat kepada semua pihak.
Jelasnya lagi, peranan generasi muda amat penting dalam memastikan usaha ini terus berkesinambungan dari semasa ke semasa.
“Sebagai warga universiti, kita mempunyai tanggungjawab besar bukan hanya terhadap ilmu, tetapi juga terhadap cara kita bekerja dan berinteraksi sesama kita.
“Setiap tingkah laku dan amalan perlu mencerminkan identiti dan warisan budaya sebuah Universiti Islam Antarabangsa,” jelasnya.
Beliau berkata demikian sewaktu ucaptama sempena Simposium Memperkasa UniSHAMS di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah UniSHAMS, Kuala Ketil.
“Saya amat berharap dan mendoakan agar UniSHAMS dapat disenaraikan dalam QS World Ranking dengan penarafan di tangga 1,000 universiti terkemuka di peringkat Asia dan tidak mustahil untuk mencapai tangga 500 dalam tempoh 5 tahun akan datang sekiranya semua daripada kita bergerak dengan fokus yang sama,” katanya.
Post a Comment