Header Ads

test

ZIARAH KASIH PRIHATIN DUN KUAH DI KAMPUNG DATO BAKAR, MUKIM KUAH


ADUN Kuah, YB Amar Pared berkesempatan mengadakan Ziarah Kasih Prihatin DUN Kuah di Kampung Dato Bakar, Mukim Kuah, Langkawi.
Cik Suriani binti Din (55) yang merupakan pesakit terlantar dan Orang Kurang Upaya yang tidak mampu menguruskan diri sepenuhnya yang tinggal dan dijaga rapi oleh kakaknya yang juga merupakan seorang warga emas.
Dengan usia dan kudrat yang semakin kurang beliau memerlukan sebuah kerusi roda bagi meringankan bebanan untuk memudahkan urusan adiknya setiap hari.
Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah atas rasa keprihatinan telah meluluskan permohonan dan telah menyerahkan sumbangan sebuah kerusi roda kepada pesakit tersebut.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban keluarga pesakit tersebut dan didoakan semoga tabah menghadapi ujian ini.

"Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua''

Tiada ulasan