Header Ads

test

ADUN PENGKALAN KUNDOR SANTUNI KELUARGA NELAYAN, SAMPAIKAN BANTUAN BAIK PULIH RUMAH


Keadaan rumah yang berlubang dan bertampal, serta bumbung yang masih mengalami kebocoran, mengundang simpati terhadap keluarga En. Hasrul Nizam Abu Hassan, seorang nelayan dari Kampung Tebengau Tepi Laut.
Prihatin dengan aduan yang diterima, ADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari, turun padang menziarahi kediaman beliau baru-baru ini.
Ketibaan YB Mardhiyyah disambut oleh isteri En. Hasrul Nizam, Puan Suziana Abu Seman, yang berada di rumah bersama anak kecil sementara suaminya keluar bekerja dan anak-anak yang lain bersekolah.
Dalam kunjungan tersebut, beliau menyerahkan sumbangan Beras Sejahtera Kerajaan Negeri Kedah, Beg Makanan serta bantuan tunai bagi membantu membaiki kerosakan rumah keluarga tersebut.
Turut hadir, Pengerusi MKK Tebengau, Ustazah Masyitah Bakar, dan AJK Halwa DUN Pengkalan Kundor, Puan Ku Mariam.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga En. Hasrul Nizam dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih selesa.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan