GOTONG ROYONG BERSIHKAN MEDAN SELERA TAMAN DESA BIDARA
ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria hadir bersama Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahya ke program gotong-royong bersih persekitaran Medan Selera Taman Desa Bidara, Kuala ketil.
Gotong-royong itu bertujuan untuk mencuci saluran longkang dan membersih persekitaran medan selera.
Program yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengah hari telah berjaya mengumpulkan sisa sampah sebanyak 4 tan sisa kebun dan 8 tan sisa longkang.
Terima kasih kepada pihak Majlis Daerah, Penguat Kuasa, idaman, Jabatan Amal Baling dan peniaga kerana sudi hadir bagi menjayakan program gotong-royong.
Gotong-royong ini bukan sahaja mencatikkan suasana kedai tetapi dapat mengelakkan penyakit denggi dan sebagainya.
Post a Comment