Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI HARGAI SUKARELAWAN MASYARAKAT

SIK – Kerajaan negeri Kedah terus menghargai jasa dan pengorbanan individu yang berkhidmat secara sukarela dalam masyarakat.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, inisiatif ini telah dimulakan sejak tahun 2008 oleh Almarhum Tan Sri Dato’ Seri Diraja Haji Azizan Abdul Razak.
Menurut beliau, peranan golongan sukarelawan amat besar dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan saling membantu.
“Kebaikan ini, siapa pun yang memulakan, lepas itu orang pakat turut serta, pakat tolong-tolong sambung, pakat buat, maka orang yang mula itu pun dapat pahala yang sama.
"Kalau kita beri galakan, kita tunjukkan jalan, kita beri motivasi untuk orang lain berbuat kebajikan, maka pahala pun dapat kat kita juga sampailah bila-bila,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Daerah Sik yang berlangsung di Masjid Nurul Iman, Gulau.
Jelasnya lagi, sumbangan ini melibatkan seramai 150 orang penerima bagi setiap DUN, merangkumi pelbagai golongan yang berkhidmat secara sukarela dalam masyarakat.
Menurutnya, sumbangan ini diberikan kepada sukarelawan masyarakat yang terdiri daripada guru Al-Quran, bomoh patah, tukang gali kubur, jurumandi jenazah, serta bidan kampung.
"Majlis ini akan diadakan di seluruh daerah pada setiap hari.
“Saya doakan tuan-tuan yang menerima sumbangan ini terus dilimpahi rahmat dan berkat daripada Allah SWT, dipermudahkan kehidupan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur hingga bertemu Ramadan pada tahun depan, insyaAllah,” ucapnya.

Tiada ulasan