LAWATAN TAPAK PELANCONGAN GUNUNG JERAI
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengadakan lawatan tapak pelancongan di sekitar Gunung Jerai bagi meninjau perkembangan semasa serta meneroka potensi tarikan baharu di kawasan berkenaan.
Antara lokasi yang dilawati ialah The Jerai Hill Resort, Jerai Strawberry Farm, Jerai Glamping dan Taman Eko Rimba Sungai Teroi yang kaya dengan keindahan semula jadi serta nilai agro-pelancongan.
Kawasan sekitar Gunung Jerai dilihat berpotensi menjadi antara daya tarikan utama pelancong khususnya melalui pendekatan pelancongan berasaskan alam semula jadi.
Sehubungan itu, usaha penaiktarafan dan pembangunan infrastruktur pelancongan di kawasan ini akan terus dipergiatkan bersempena Tahun Melawat Kedah 2025.
Post a Comment