RTB JITRA CATAT KEMAJUAN 4 PERATUS MENDAHULUI JADUAL
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Dato’ Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria berkata, bagi projek RTB Sungai Kedah bernilai RM76 juta sudah mencapai sebanyak 95 peratus namun lewat 3.7 peratus kemajuan projek.
“RTB Sungai Kedah lewat sikit, kita harap kontraktor dapat perbaiki prestasi dan dapat disiapkan mengikut jadual pada bulan Oktober tahun ini.
“Kerja-kerja struktur boleh kata hampir siap ke semua cuma tinggal kerja finishing dalam skop 5%,” ujarnya dalam lawatan kerja ke RTB Jitra dan RTB Sungai Kedah di sini, hari ini.
Tambahnya, kerajaan negeri meletakkan harapan sangat tinggi kepada pihak kontraktor khasnya di RTB Sungai Kedah untuk menyiapkan projek itu dalam tempoh yang ditetapkan.
Jelas beliau, pihak Jabatan dan Pengairan Saliran di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri juga telah bekerjasama membantu membuat pemantauan namun berbalik kepada kontraktor yang akan melaksanakan.
“Apapun kita mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan persekutuan yang telah memberikan peruntukan untuk negeri cuma sekarang ini soal perlaksanaan oleh pihak kontraktor,” kata beliau.
Post a Comment