FITNAH REE & DANA MARRIS: MAHKAMAH ARAH SAIFUDDIN MOHON MAAF, BAYAR RM670K
Mahkamah juga mengarahkan Saifuddin membuat permohonan maaf yang perlu diterbitkan dalam satu akhbar Bahasa Melayu dan satu akhbar Bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari serta terma permohonan maaf hendaklah diluluskan oleh Muhammad Sanusi.
Tuntutan Saman fitnah Muhammad Sanusi terhadap Saifudin Nasution adalah berhubung kenyataan yang mengaitkannya dengan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) serta dakwaan salah guna dana di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (MARRIS).
Hakim Mahkamah Tinggi, Dr. John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee, memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat Saifuddin ketika program Unity Tour dan pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Guar Chempedak pada 15 Julai 2023 adalah bersifat fitnah.
Muhammad Sanusi diwakili oleh sepasukan peguam iaitu Yusfarizal Yussoff, Mohd Faizi Che Abu dan Wan Rohimi Wan Daud.
“Secara keseluruhan stigma kes ini perlu diberhentikan kerana apa yang dimomokkan oleh defendan bahawa MB Sanusi terlibat dengan kecurian REE adalah tidak benar sama sekali.
“Apa sahaja kenyataan-kenyataan oleh defendan dan cybertrooper perlu dihentikan serta merta,” ujar Yusfarizal Yussoff dalam sesi sidang media selepas selesai perbicaraan kes.

Post a Comment