KONTIJEN JKMN KEDAH PERLU TUNJUKKAN SEMANGAT KESUKANAN
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad, kontinjen JKMN Kedah perlu membuktikan bahawa bukan sahaja hebat dalam kemahiran sukan, tetapi juga unggul dalam nilai murni seperti hormat, disiplin dan kerjasama.
“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua atlet, dan pegawai
pasukan kerana telah terpilih untuk membawa nama pasukan JKMN Kedah.
“Pemilihan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia adalah hasil titik peluh, kesungguhan, dan disiplin yang konsisten sepanjang tempoh latihan,” ujarnya dalam Program Sinergi Kebajikan Teguh Perkhidmatan serta pelepasan kontinjen JKMN Kedah ke USM Pulau Pinang bertempat di Dewan Seminar Taman Sinar Harapan, di sini, hari ini.
Jelasnya, pihak lawan perlu dijadikan inspirasi untuk kontijen Kedah menjadi lebih baik dan jadikan rakan sepasukan sebagai pendorong untuk terus maju kerana kemenangan adalah hasil usaha seluruh pasukan.
Tambah beliau lagi, setiap peluh yang menitis, setiap latihan yang ditempuh dan pengorbanan yang dibuat akan menjadi bekal untuk melangkah dengan penuh keyakinan di gelanggang pertandingan.
“Kepada pegawai pasukan, saya ingin mengucapkan terima kasih atas dedikasi dan bimbingan yang telah diberikan. Peranan anda amat penting, bukan sekadar melatih kemahiran, tetapi membentuk sahsiah dan keyakinan peserta.
“Saya mendoakan semoga kontinjen JKMN Kedah dapat memberikan persembahan yang cemerlang, seterusnya mengharumkan nama pasukan dan negeri,” katanya.
Post a Comment