Header Ads

test

SERUAN KEPADA RAKYAT KEDAH UNTUK ZAHIRKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN

ALOR SETAR - Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat menyeru kepada seluruh rakyat negeri Kedah untuk menunjukkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara dengan memasang bendera di rumah dan premis-premis perniagaan.

Menurut beliau, hari ini kerajaan negeri Kedah telah melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang sehinggalah 16 September yang merupakan Hari Malaysia.

“Pagi ini kita telah menyampaikan sagu hati iaitu bendera, topi, air dan stiker kemerdekaan diberikan kepada para pengguna Tol Utara sebagai tanda simbolik untuk program yang dianjurkan,” ujarnya semasa Kempen Kibar Jalur Gemilang di Tol Utara Alor Setar di sini, hari ini.

Jelas beliau, program itu akan dijayakan di seluruh Kedah termasuklah di daerah-daerah, mukim dan kampung-kampung untuk menyemarakkan selama bulan kemerdekaan ini.

Tambahnya lagi, beliau turut berharap agar kesedaran dan semangat kecintaan kepada tanah air akan turut dirasai oleh generasi muda masa kini.

“Semangat kecintaan kepada negara Malaysia yang merdeka bukan hanya dari sudut bebas daripada penjajahan tapi juga bebas minda kita juga daripada sebarang anasir-anasir yang tidak baik,” kata beliau.

 

Tiada ulasan