PERTANDINGAN MEMANCING DUN KUALA KETIL MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT
Pertandingan memancing DUN Kuala Ketil mendapat sambutan yang hangat dengan penyertaan lebih daripada 400 orang.
Program julung kali dianjurkan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kuala Ketil itu bagi merapatkan ukhuwah di antara rakyat Kuala Ketil disamping menyediakan aktiviti bermanfaat.
ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata tahun hadapan akan dianjurkan lagi pertandingan itu dengan hadiah yang lebih menarik.
"Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menyertai pertandingan ini.
"Pertandingan semalam macam-macam ikan naik, bukan setakat ikan, labi-labi dan kura-kura pun naik," ujarnya.
Semoga dengan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada seluruh peserta.
Post a Comment