Header Ads

test

PROJEK BEKALAN AIR ALTERNATIF UNTUK KAMPUNG SUNGAI TENGAS

 

Satu inisiatif Projek Bekalan Air Alternatif diwujudkan bagi membantu penduduk di Kampung Sungai Tengas dan kawasan sekitarnya sebagai persediaan sekiranya berlaku gangguan bekalan air.


Projek ini dijayakan melalui sumbangan bahan-bahan daripada ADUN Kulim, Wong Chia Zhen yang prihatin terhadap keperluan sumber air bersih tambahan bagi kegunaan domestik warga setempat.
Pusat Agihan ini beroperasi 24 Jam serta memfokuskan kepada penyediaan pusat pengambilan air setempat.
Air yang disalurkan dari bukit dikumpulkan di satu lokasi strategik yang membolehkan penduduk boleh mendapatkan bekalan air tanpa sebarang kos serta tiada had masa atau tempoh 24 jam bagi memudahkan penduduk mengambil air mengikut keperluan masing-masing, terutamanya ketika waktu kecemasan.
Wong Chia Zhen, menekankan kepentingan menjaga alam sekitar memandangkan projek itu bergantung sepenuhnya kepada air bukit.
Beliau menyeru semua pihak menjaga kebersihan kawasan tadahan agar tidak dicemari sampah atau aktiviti yang merosakkan hutan serta memastikan tempat pengambilan air sentiasa bersih dan peralatan tidak dirosakkan supaya dapat digunakan dalam tempoh lama.
Kerja-kerja pemasangan dan penyelarasan lokasi pengambilan air ini telah dilaksanakan secara gotong-royong.
"Terima kasih kepada MKK dan penduduk kampung atas kerjasama ini. Dengan adanya pusat bekalan air alternatif ini, kita bukan sahaja membantu meringankan beban penduduk, tetapi juga mendidik masyarakat untuk lebih menghargai sumber alam dan alam sekitar kita," ujar Wong Chia Zhen.


Tiada ulasan