Header Ads

test

Kerajaan Gesa Rakyat Mengasingkan Diri Dirumah


.
ALOR SETAR – Pandemik COVID-19 yang kita hadapi ini bukan perkara yang biasa-biasa. Rakyat Negeri Kedah digesa menghadkan pergerakan dan sentiasa berada di rumah bagi memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Menteri Besar Kedah YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan rakyat perlu menjaga kebersihan dan penjarakkan fizikal dengan lebih agresif agar rantaian COVID-19 ini dapat diputuskan.

“Kaedah yang kita nak sarankan kepada pemimpin-pemimpin yang ada di dewan ini ialah bersama-sama mengajak masyarakat untuk membuat pengasingan diri seberapa yang boleh untuk mengelak terjadinya kesesakan”, ujar beliau semasa sesi penggulungan terakhir persidangan kedua Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.

“Dalam cadangan budaya hidup baru bagi mengekang penyebaran COVID-19, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM100 ribu untuk kita menganjurkan kempen-kempen supaya rakyat dapat menghayati dan mengamalkan cara hidup baru”.

Beliau juga mengingatkan kepada semua rakyat untuk menjadi mata dan telinga kepada orang ramai untuk mengingatkan bahawa di tempat terbabit mempunyai kes atau kenalan yang menjadi kontak rapat kepada individu yang positif COVID-19.

Berkaitan kenaikan kes Kluster Tawar ini adalah disebabkan individu yang positif tetapi tidak dikesan bergejala. Ini yang menjadi ketakutan dan kebimbangan orang ramai. Diingatkan supaya masyarakat lebih berhati-hati dan mematuhi jarak fizikal yang ditetapkan.

'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
.
https://www.facebook.com/mediaupda/posts/796572204490385

Tiada ulasan