Header Ads

test

PKWR Dun Merbau Pulas Agih Bantuan Bekalan Air


.
PKWR DUN MERBAU PULAS AGIH BANTUAN BEKALAN AIR

MERBOK - Kerja-kerja pembaikan paip air SADA di Sungai Pantai Perai sedang giat dijalankan. Lebih kurang 33,000 akaun telah terjejas akibat kebocoran ini sejak 3 hari yang lalu.

ADUN Merbau Pulas YB Dato' Ustazah Ashah Ghazali mengucapkan ribuan terima kasih kepada para petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Merbau Pulas, Jabatan Amal Padang Serai, Jabatan Amal Cawangan Merbau Pulas, para individu yang bertungkus lumus membantu dalam mengagihkan bekalan air kepada rakyat.

YB juga berharap kepada penduduk yang masih belum menerima bekalan air diharap bersabar. Pengedaran bekalan air sedang giat dijalankan dari satu tempat ke satu tempat yang terjejas.

'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
.

Tiada ulasan