Header Ads

test

Walaupun PKPD ditamatkan, ingatlah Covid-19 masih ada - MB KEDAH SUNGAI PETANI - YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan wal...


Walaupun PKPD ditamatkan, ingatlah Covid-19 masih ada - MB KEDAH SUNGAI PETANI - YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan wal...
Walaupun PKPD ditamatkan, ingatlah Covid-19 masih ada - MB KEDAH SUNGAI PETANI - YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan walaupun PKPD Kota Setar ditamatkan semalam, virus Covid masih ada di sekitar kita. Kata beliau, ketika berlangsung sidang media pada Program Santuni Frontliner anjuran Kelab Adun-Adun Kerajaan negeri Kedah di Surau Al Firdaus, Sungai Lalang hari ini. "Saya nak pesan, orang anggap virus Covid ini bukanlah hanya ada pada waktu TEMCO saja, lepas habis TEMCO Covid sudah tidak ada. Sebenarnya tidak betul. "Sebab itu, selepas habis TEMCO ini jangan ambil mudah. Pakai pelitup muka, jaga jarak fizikal, cuci tangan selalu dengan hand sanitizer atau sabun dan patuhi SOP. Ini hendaklah menjadi disiplin diri dalam kehidupan norma baharu ini, " ujar Haji Sanusi. PKPD Bersasar Flat Tongkang Yard dan Penutupan Sekolah Kebangsaan Sungai Korok yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara semalam akan bermula hari ini hingga 7 Oktober 2020. Setiap pek makanan PKPD dibekalkan 15 barangan yang bernilai RM100. Barangan kering akan diagihkan dua kali seminggu dan mengikut permintaan keluarga. Beliau juga mengalu-alukan sumbangan daripada NGO-NGO dan pemberian sumbangan itu perlu merujuk kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana Kota Setar. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 26/09/2020, 12:36:15 

Tiada ulasan